When SiMaNiS writes...

Friday, September 5, 2008

Lagu atas permintaan...

Lagu 'Kerana Terluka' tuh...aku baru jumpa dalam Imeem. Itpun atas permintaan sorang kawan nih yg tetiba lak teringat lagu. Dia just boleh humming part chorus, bila aku dengar je lirik, terus aku tangkap lagu Nurul Huda Abdul Wahab. Nurul nih actually ex wife pak sedara aku, si Ajai tuh. Camne lak Ajai bole jadi pak sedara aku ek? Mat tu same age ngan aku, tapi pangkat dalam family, tu jadi pak sedara. Dia memang 1st cousin mak aku le....

Eh berbalik to lagu tadi. so, while waiting for azan subuh, aku pun tolong le kawan nih cari lagu tuh. And here it is my friend. Happy listening! To be frank, lagu nih meletop masa aku ada kat Australia somewhere in 1995/1996. So, balik Mesia baru aku tau lagu nih. Peh!!! lama tuh!

Thursday, September 4, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

Dah nak masuk 1 bulan streamyx kat umah ni buat hal. Aku ingat tak nak bayar le bulan nih punye bil coz aku tak pakai for 1 month. Adillah kan? Sebab dah masuk 4 report aku request (nearly everyweek), baru last week ada sorang brother streamyx nih datang umah. Yang lelain tuh asik trouble shoot over the phone. Hampeh! Tak ok jugak line aku. Hmm....Anyway, Alhamdulillah....last few days baru dah boleh internet balik. Syukurrr....aku nak gak bagi kredit kat brother tu sbb dia dtg dgn SEGERA walaupun public holiday. Alah...TM bayar OT kat dia ape? hehehe...

Ok..ok...bab lain lak nih! Ni baru balik terawikh. Aku buat 8 +3 rakaat je. Takleh lama coz anak2 kat umah, selagi aku tak balik, dorang tak nak tido. Nanti esok nak gi school, liat benor nak kejut. Esok, aku nak start train si kakak and abang puasa penuh. So far, diorang puasa 1/2 day jek sebab sakit mata. Today nampaknye macam dah ok mata diorang, sahur nanti nak kejut diorang sekali. Lagipun kat kindy, memang school dia suh train dorang nih puasa. Recess teacher tak provide meal lagi. So, it's a good chance aku nak suh dorang puasa. We'll see la camne ek?

Lastly, I wish all my muslim visitors, 'Happy fasting!'